"Hausnya tekak ni. Cuaca dah la panas, jauh lagi perjalanan balik ke rumah" tiba-tiba Salim bersuara.
"Kita singgah dulu warung tepi hutan sana tu" sahut Sakroni kerana sudah faham benar Salim sengaja memancingnya untuk pergi mengeteh.
Sakroni meletak jip SUVnya di bawah pokok yang rendang. Lega rasanya dapat menghirup cendol yang enak dan sejuk.

"Bang, saya ni asal Perak, tapi saya tak berapa jelas tentang latar belakang kawasan Beting Beras Basah" Sakroni membuka topik perbualan.
Salim mengatakan ia bermula di Sulawesi, Indonesia. Kota Goa kaya dengan khazanah pelbagai logam terutamanya logam kuningnya. Di sinilah sejarah 13 adik-beradik warak keturunan raja yang memerintah di Goa dari suku ningrat Kraengyang tinggal.
"Sifat mereka yang suka mengembara merangsang salah seorang dari mereka keluar belayar ke Semenanjung. Kehebatan dan ganasnya ombak lautan Indonesia tidak menghalangnya untuk sampai ke Selat Melaka. Begitulah kekuatan dan kecekalan Kraeng Mapan Man Cokok belayar dari Goa dan bertahan hingga memasuki muara Sungai Perak" tambah Salim.

"Pekan di muara Bagan Datoh tu tak jauh dari kampung saya" Sakroni menyampuk.
"Sesampainya ke daerah melepasi Bagan Datoh ke Kuala Kangsar tiba tiba cuaca berubah menjadi gelap. Angin semakin kencang akhirnya membentuk ribut taufan yang hebat. Keadaan semakin merbahaya kerana lautan bergelora seolah-olah bersedia memakan apa sahaja yang ada ke dalam perutnya" tambah Salim lagi.
"Tenggelam ke?" soal Sakroni.

"Kraeng Mapan merasakan ada sesuatu yang tidak kena, lalu beliau membuka mahkotanya dan mencampakkannya ke Sungai Perak. Tiba-tiba sahaja angin ribut hilang bertukar menjadi angin sepoi-sepoi yang nyaman. Gelora air menjadi lenyap, kapal layar yang di naiki Kraeng Mapan yang mulanya bergerak tonggang langgang mampu belayar tenang. Sebuah pulau kecil tiba-tiba kelihatan muncul di tempat jatuhnya mahkota raja. Pulau itulah yang di kenali sebagai Beting Beras Basah. Uniknya, kedudukan beting betul-betul di sempadan air masin dengan air tawar. Dari jeti Bagan Datoh mengambil masa 45m agaknya dengan bot nelayan" Salim berhenti sebentar mengambil nafas.
Sakroni hairan dengan setiap butir kata Salim macam dia sudah ke sana, walhal Bagan Datoh pun dia tidak pernah sampai.
Menurut Salim lagi beting ini sangat unik kerana boleh berpindah-pindah tempat. Malahan ianya tidak akan ditenggelami air walaupun seluruh kawasan lain sekitarnya tenggelam. Lebih dari itu beting ini merupakan tempat raja dan kerabatnya menjalani istiadat bersiram dan pertabalan. Dulu hanya kerabat sahaja yang boleh menjejakkan kaki kesana, sekiranya bukan salasilah akibatnya bot atau kapal akan tenggelam sebelum sampai di beting itu.
"Apa yang istimewa pada kerabat Perak bang?" soal Sakroni lagi.
"Kerabat Perak yang sebenar benar tidak berdarah merah tetapi berdarah putih. Sedang Perak dengan Negeri Sembilan pula berkait rapat dari segi pemerintahan negeri. Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Pertama ada pertalian darah dengan kesultanan Perak sehingga makam Lukut menjadi tempat persemayaman beberapa kerabat keturunan diraja Perak. Ayahanda Raja Azman adalah keturunan terakhir yang telah dimakamkan di Lukut, dan setelah itu makam Lukut ditutup buat selamanya" Salim menerangkan dengan panjang lebar
Kini kawasan berkenaan menjadi tumpuan penduduk tempatan yang punya kepercayaan dengan kisah mistik lamanya. Salim berharap agar tempat itu tidak menyebabkan hati pengunjung tersalah niat kerana taksub. Padahnya makhluk alam sana akan mengganggu mereka, lebih dari itu akan mengikuti mereka pulang ke rumah.
Menurut Salim biarlah lembaran sejarah menjadi ingatan, sedang hati harus lah bertauhid kepada Allah swt yang Maha Esa sahaja.
Jika tiada aral melintang, Sakroni berniat cuti panjang sempena lebaran nanti hendak membawa Salim menziarahi kampungnya di Bagan Datoh.
Bersambung...

No comments:
Post a Comment