Seluruh negara telah Azman jelajah untuk berubat. Tidak terkira fulus yang melayang tapi perubatan moden malah tradisional semuanya gagal. Seingat Azman sejak kecil seluruh adik-beradiknya mengalami penyakit misteri saling bertukar ganti. Setelah Azman berkahwin, semua 4 anaknya pula mewarisi penyakit tersebut.
Walaupun Azman redha dengan musibah itu, tetapi dia yakin dengan janji Allah swt setiap penyakit ada ubatnya. Azman masih ingat salah seorang yang cuba merawatnya memberi petunjuk bahawa dia akan bertemu penyelesaiannya setelah mencapai usia 50 tahun dan bertugas di tempat kerja yang baru. Lumrah sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan yang berpindah randah, akhirnya Azman ditakdirkan di tempatkan di selatan tanah air. Suatu hari Azman telah ditemukan dengan Arif.

"Pada hemat saya kes ini ada kaitan dengan barang pusaka" ujar Arif.
Azman menceritakan bahawa nama penuhnya ialah Raja Azman, darah kesultanan Perak mengalir dalam dirinya. Sebuah keris diraja diwariskan kepada ahli keluarganya.
"Tuan ambil barang tu bawa ke sini, nanti saya usahakan untuk menambatnya. Kalau tidak ia akan terus mengganggu keluarga Tuan" Arif menyuarakan kebimbangannya.
"Kenapa pula barang itu boleh membawa bencana?" tanya Azman.
"Dulu yang jaga baik. Sekarang yang duduk dalam keris itu benda jahat" jelas Arif.
"Ada masalah untuk dibawa bang, sedang saya sendiri nak lihat pun tak diizinkan adik" tambah Azman.
"Tuan balik dan mintalah" sahut Arif tegas.
Azman bergegas pulang ke kampung halaman untuk berjumpa adiknya. Alangkah terkejutnya dia, apabila adiknya menyerahkan keris itu kepadanya tanpa perlu di mintanya.
Beberapa hari kemudian, Azman kembali menemui Arif. Kebetulan Salim berada di sana.
Sebaik sahaja Azman menyerahkan barang itu ke tangan Arif, penjaga keris berkenaan terus menjelma memunculkan dirinya.
"Kenapa kamu ganggu keluarga mereka?" herdik Arif.
"Itu dah jadi rumah saya, saya perlu makan" jawab makhluk itu.
"Kamu mahu hidup atau mati?" ugut Arif tegas
"Siapa kamu hendak ganggu saya pula?" jawab makhluk itu angkuh.
"SUDAH! Tiada kompromi lagi. Kamu akan aku ikat sampai kiamat kerana kamu kurang sopan" Arif benar-benar naik angin.
Arif kemudiannya melakukan ikatan lalu memasukan keris itu ke dalam sarungnya kembali.
"Tolong tanam keris ini paras 20 meter dalam tanah" Arif mengarahkan Salim.

Salim berfikir sejenak kerana kedalaman 20 meter adalah luar biasa untuk tanah dikorek secara manual. Sedangkan kubur baru 7 kaki ke dalam tanah. Salim mendapat idea lalu menghubungi kawannya yang sedang menyiapkan projek mega memantakkan cerucuk membina bangunan pencakar langit.
Salim seorang diri segera memecut sepeda motor kuasa tingginya ke ibu kota. Di sana keris berkenaan dimasukan ke dalam batang keluli tahan karat lalu dikimpal pada besi cerucuk yang hendak di tanam. Salim memberikan arahan sambil berdoa agar barang yang dikembalikan ke asal usulnya akan lebur. Salim perasan semasa berurusan di sana, Arif semacam sentiasa berada di sisinya.
Setelah seminggu berlalu, rasa berdebar Azman akhirnya hilang. Dia bersyukur gembira kerana anak bongsunya sudah sembuh dan tidak berjangkit kepada ahli keluarga lain. Kehidupan Azman kembali normal dan tugasnya di pejabat lancar kerana tidak perlu lagi kerap bercuti sakit.
'Terima kasih bang Arif dan bang Salim atas pertolongannya" kata Azman.
"Kami hanya berdoa, Allah swt yang menyembuhkan" jelas Arif sambil Salim hanya tersenyum.
Bersambung...

No comments:
Post a Comment