لَقَدۡ
جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ
عَلَيۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٞ رَّحِيمٞ ١٢٨
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu
seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang
menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu,
yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan
perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
فَإِن
تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِيَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ
تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ ١٢٩
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar,
maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku
berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.
No comments:
Post a Comment