Thursday, July 10, 2014

Kilauan Mahligai Kristal

Bersusun bekas kudapan di atas meja ruang tamu. Borak Salim dan Arif diselang-seli dengan mengunyah biskut coklat dan buah kiwi kering dari Beijing. Air tembikai susu menjadi pengubat haus mereka.
 
Sedang dua beradik itu rancak bersembang, tiba-tiba Datuk Syeikh Karim menyapa
"Cu, mari ikut Atuk"

Lantas Datuk Syeikh Karim memegang tangan Arif yang segera memaut tangan Salim. Kemudian
Datuk Syeikh Karim menyeliputi mereka berdua menggunakan jubahnya. Sekelip mata, kaki mereka berpijak di pantai berpasir putih saujana sayup mata memandang.

 

"Tuk, di mana ni?" tanya Salim.

"Kita dah berada di alam lain" Arif mencelah sambil ketawa ke arah Salim.

"Itu lah rumah Atuk" jawab Datuk Syeikh Karim merujuk kepada istana yang besar berkilauan tersergam di hadapan mereka.

Alam itu begitu tenang,  dilingkungi taman yang indah dengan bunga bunga berwarna-warni. Kehijauan rumput karpetnya menyegarkan mata memandang. Air laut yang jernih bersih kebiruan menambah sejuk hati melihatnya. Istana yang tinggi terjaga bersih, tiada pengawal dan tidak ramai pula penghuninya.

"Naiklah cu" Datuk Syeikh Karim mempelawa mereka masuk.
 
Sebaik sahaja kaki diinjakkan pada anak tangga pertama, tup-tup serta-merta sudah sampai di tingkat paling atas. Seperti tangga bergerak eskalator super moden!

"Siapa tu Tuk?" Salim bersuara ingin tahu.
 
"Itu isteri Tuk, panggil je Nek Pah. Yang duduk tu cucu Atok" jawab Datuk Syeikh Karim.
 
Mereka terlalu kagum melihat dalaman istana kayangan yang berkilau gemerlapan seperti pancaran cahaya kristal itu. Tergamam apabila melihat keluar jendela, kelihatan pemandangan langit tanpa awan. Tidak ada bahasa untuk menceritakan keganjilan itu, ianya seolah-olah berada di satu alam yang tersendiri.
 
"Di mana kita sebenarnya?" Salim kehairanan.


Soalan Salim dijawab Arif dengan lafaz Subhanallah yang tidak henti-henti kerana begitu takjub telah diberi peluang menyaksikan sendiri kehebatan ciptaan Allah swt.

Apabila tiba waktu pulang, mereka mencium tangan sambil berpelukan dengan Datuk Syeikh Karim. Setelah mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga, sekelip mata mereka berdua sampai semula di ruang tamu di dunia nyata.
 
Perjalanan itu telah mengingatkan Salim semasa mereka pernah di bawa melawat ke salah satu tempat yang di naungi Atok di satu tempat alam sana. Mereka dapat melihat adanya bilik-bilik seperti pejabat dengan fail-fail di rak tersusun rapi.

"Bang, lihat tu fail di atas meja kerja, seolah olah datanya sedang diproses" tegur Salim.

"Ada pula yang sudah diletakan di atas lantai, semacam kesnya sudah selesai pula, eh kenapa ye" tanya Salim lagi.

Arif hanya membisu dan melihat sahaja.

Pengalaman-pengalaman unik seperti ini lah membuatkan mereka duduk terpegun sejenak sambil bersyukur memuji kebesaran Tuhan yang Maha Esa dan berselawat kepada Rasul junjungannya.

Bersambung... 

No comments:

Post a Comment