***PREQUEL***
Salim memang suka mengembara ke pelusuk Nusantara mencari pengalaman baru dalam hidupnya. Akhirnya Salim sampai di sebuah pulau yang masih belum diterokai sepenuhnya. Salim bertemu seorang tua yang tinggal di gunung bersama isterinya. Begitu erat hubungan mereka sehinggalah Salim menganggap kedua orang itu seperti ayahanda dan bondanya sendiri.
Salim seorang yang ringan tulang. Tempat permandian yang dulunya hanya berupa air mata air, kini telah bertukar menjadi sebuah kolam mandi yang luas. Lebih dari itu Salim telah membina sebuah rumah kayu dua tingkat yang dibuat dari kayu hutan
di gergaji dijadikan papan, tiang dan gelegar.
"Nak Salim, kau ayahanda tugaskan untuk mencari seseorang yang mempunyai kepentingan di gunung ini" jelas Ayahanda pada Salim.
"Siapa orang itu ayahanda?" Salim mohon penjelasan.
"Orangnya seorang yang jujur dan amanah" Ayahanda menambah.
"Di mana harus saya cari?" Salim bertanya lagi.
"Ya sudah jangan banyak tanya, tugas kau mencari orang ini dan bawalah ke sini" ayahanda menjawab dengan tegas.
Sejak hari itu Salim kerap kali turun naik ke gunung bersama orang yang dilihatnya mungkin sesuai seperti yang di minta oleh Ayahanda. Sudah bertahun-tahun lamanya, ramai orang yang dibawanya ke gunung, tetapi masih gagal kerana semuanya tidak memenuhi kriteria Ayahanda.
"Ayahanda ini adalah tahun terakhir saya mencari orang itu" rungut Salim kepada Ayahanda. "Lepas ini saya tidak mahu lagi, saya sudah letih Ayahanda"
"Baiklah ayah beri kau sedikit petunjuk" Ayahanda memujuk Salim.
Ayahanda mengambil semacam buku catatan rahsia, beliau melihat buku itu sambil bibirnya terkumat-kamit bibirnya seolah sedang meneliti dan mengira.
"Orang itu ada di nun di hujung pulau tempat nak Salim tinggal, dan pada penghujung tahun 2005 nak Salim akan berjumpa dia" tegas Ayahanda. Salim tak dapat menolak lalu meneruskan tugasnya mencari.
Salim selalu berulang alik ke kampung halamannya. Pada satu hari, dia singgah di sebuah warung untuk berjumpa kawan lamanya Din, lalu menceritakan tugasnya sedang mencari seorang yang jujur dan amanah yang berkepentingan di gunung. Din hanya mendengar lalu teringatkan seorang kawannya yang mungkin punya ciri-ciri itu.
"Salim, aku ada kawan lama yang pelik sikit" kata Din pada Salim.
"Pelik?" Salim mahu tahu lebih lagi.
"Semasa dia memandu kereta, tangan kiri pegang stereng sambil tangan kanannya sedang menerima salam pernikahan oleh juru nikah di alam lain" jelas Din.
"Dengan siapa dia menikah tu?" Salim terus mendesak
"Dia dijodohkan dengan seorang putri bernama Milofa, yang telah memberinya sekeping gambar siap berbingkai indah" jawab Din.
Salim merasakan kawan Din ini agak aneh, lalu memohon Din mengatur perjumpaan untuk bertemu dengannya. Kemudian mereka dapat berjumpa dengan Arif, bersembang sambil minum kopi dan set roti bakar.
"Inilah gambar kenalan saya" kata Arif pada Salim sambil menyerahkan bingkai gambar itu pada Salim.
"Ini bingkai bukan buatan orang di bumi, ini buatan orang alam lain." kata Salim setelah meneliti barang tersebut.
"Benarkah kau dinikahkan dengannya?" Salim ingin tahu lagi.
"Benar, ini terjadi semasa aku sedang memandu, aku pun macam tak percaya" jawab Arif
"Baiklah Arif, aku berhajat mengajak engkau naik ke gunung berjumpa Ayahanda bonda aku, nanti kau boleh tanya apakah pernikahan itu benar atau tidak" Salim meyakinkan Arif.
Tiba -tiba kedengaran suara seorang wanita berkata "Kalau ke gunung, abang berdua saja pergi, saya tak mahu" ujar wanita itu.
"Kenapa tak mahu ikut pula?" Salim menambah.
"Nanti nenek ngomel" jawab suara wanita itu.
Salim terus dapat meneka bahawa wanita itu tidak lain Putri Milofa, anak saudara bonda yang sekali sekala mengusik-usik kaki Salim dengan lidi penyapu semasa Salim hendak tidur di beranda rumah Ayahanda di gunung.
Salim bertambah yakin lagi, bahawa inilah kemungkinan besar orang yang dicarinya. Salim terus mengatur untuk membawa Arif ke gunung menemui Ayahanda bonda.
Setibanya di gunung, ketika sedang mandi di kolam air mata air yang dibina Salim, terdengar suara berkata.
"Nak ini siapa?" suara seorang lelaki gunung menyapa.
"Saya kawan Salim pak" jawab Arif.
"Oh kalau kawan nak Salim ya baik, selamat datang ke gunung" suara itu menambah.
Tiba -tiba bonda muncul bersama kuda putihnya lalu menambatnya tidak jauh dari sumur.
"Siapa punya kuda putih tu bang?" soal Arif ingin tahu.
"Itukan kuda bonda yang baru balik dari melakukan patrol kawasan" jawab Salim .
"Dengan siapa kamu ke sini?" bonda tujukan soalan itu pada Arif.
"Saya ikut Salim, bonda" jawab Arif ringkas.
Bonda terus beredar meninggalkan mereka tetapi tidak lama ibu keluar dari rumah dengan nada marah-marah.
"Apakah kamu yang mengaku telah dikahwinkan dengan putri jagaan ku?" gertak bonda yang tidak percaya. Berulang kali Arif menceritakan dia telah dinikahkan di alam ghaib dengan Putri Milofa, tetapi bonda masih meraguinya.
"Apakah kamu yang mengaku telah dikahwinkan dengan putri jagaan ku?" gertak bonda yang tidak percaya. Berulang kali Arif menceritakan dia telah dinikahkan di alam ghaib dengan Putri Milofa, tetapi bonda masih meraguinya.
Akhirnya Arif nekad lalu berkata "Kalau bonda kurang percaya, tanya datuk dan juga guru saya Datuk Syeikh Norwawi" Tiba tiba sahaja Datuk Syeikh sampai di situ dan menyokong pengakuan pernikahan berkenaan. Malangnya bonda masih juga tidak percaya, walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh Datuk Syeikh.
Arif merasa terdesak lalu berkata "Kalau tak percaya juga, bonda tanyalah pada Datuk Syeikh Karim." Tiba-tiba sahaja Datuk Syeikh Karim muncul justeru bertanya "Ada apa cu?"
"Tok, tolong SETTLEKAN pada bonda , saya dah tak sanggup lagi" rayu Arif pada Tok Karim. Sebaik sahaja bonda terlihat Tok Karim, bonda terus membisu seolah-olah gentar kerana masih belum tahu taraf atau siapa Arif sebenarnya.
"Kejadian pernikahan di alam ghaib yang terjadi pada nak Arif sesungguhnya benar -benar terjadi" Tok Karim menjelaskan.
Mendengar penjelasan itu, bonda terus tunduk diam dan hormat menerima kejadian itu.
Dengan kehadiran Datuk Syeikh Karim, suasana menjadi sunyi, orang-orang gunung begitu syahdu; burung cengkerik dan semua yang berkicau terus bertukar sepi. Seolah-olah petanda kepada penduduk gunung, bahawa Arif yang dibawa Salim naik ke gunung merupakan orang yang tepat, seperti mana kehendak Ayahanda.
Salim merasa begitu lega, kerana pernikahan yang Arif alami telah disahkan berlaku. Maka satu ketika nanti, Arif akan dinikahkan pula sekali lagi di alam nyata.
Hubungan Salim dan Arif semakin rapat seperti abang adik. Semakin yakin pula Salim kepada kedudukan Arif. Lambat-laun Ayahanda pun maklum akan kedudukan Arif adalah orang yang dicarinya, dan menerimanya sebagai orang yang punya kepentingan di gunung tersebut.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment