Rentetan peristiwa Feri Dilanda Badai
Setibanya di pelabuhan, sambil melihat ke langit Salim berkata kepada adiknya "Syukurlah kita dah selamat, ayuh kita teruskan perjalanan"
Dua beradik terus bergerak menuju ke rumah Ayahanda yang dititipkan untuk menjaga Putri di gunung. Ketibaan mereka disambut oleh ramai anak-anak gunung yang sedia menunggu untuk menemani mereka berdua di puncak gunung. Semua dah berkumpul untuk membincangkan persiapan awal.
"Kalian harus mencari sekuntum mawar merah yang berbunga sulung" arah Ayahanda kepada dua beradik berkenaan. Salim dan Arif menganggukkan kepala tanda faham.
"Bang, di mana kita hendak mencarinya?" Arif berbisik perlahan kepada Salim.
Salim memberanikan diri lalu bertanya pada Ayahanda.
"Di mana kita hendak mencarinya ya Ayahanda?" kata Salim sambil tunduk.
"Ada" jawab Ayahanda pendek.
Mereka diberi petunjuk untuk mencari bunga tersebut di rumah Pak Selamat yang tidak jauh dari situ. Mereka dikehendaki memohonnya dan dilarang sama sekali mengambilnya tanpa izin Pak Selamat.
Sesampainya di rumah itu, ternyata memang ada sekuntum mawar merah yang masih segar. Arif sendiri yang memohon dan memetiknya. Mereka mengucapkan terima kasih pada Pak Selamat dan terus pulang menemui Ayahanda .
Bunga diletakkan di atas pingan putih kecil yang sudah disediakan oleh Ayahanda. Lalu Salim dan Arif mohon untuk keluar berbelanja barang makanan untuk majlis yang akan diadakan selepas Asar .
Lepas Asar, semua siap berkumpul. Ayahanda dan bonda, Putri Milofa dengan bertudung selendang berwarna emas, berpakaian serba kuning lengkap dengan mahkota gemerlapan duduk bersimpuh lembut. Matanya yang tajam berwarna biru begitu cantik, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sedangkan Arif berasa kewalahan kerana hanya berpakaian biasa dan berbaju t.
Ayahanda menikahkan Putri Milofa dengan pasangannya Arif. Peristiwa ini bersaksikan Salim. Ramai tamu yang hadir, mereka ikut bersyukur kerana majlis telah berjalan dengan selamat. Ayahanda menutup acara dengan membacakan doa selamat.
"Syukur, sayang dah menjadi isteri abang sekarang" kata Arif kepada Putri Milofa.
Putri Milofa memegang erat tangan Arif dan menatap wajahnya dengan manja, lalu berkata
"Bang, saya ingin balik ke rumah Ayahanda kandung kerana hati ini ingin melihat suasana di alam sana"
Tanpa ragu-ragu, Arif memberi keizinan "Baiklah yang, sampaikan salam abang pada ayah ya"
Putri Milofa melepaskan genggaman tangannya dari Arif, berlalu pergi dan hilang sekelip mata.
"Lain kali jangan kirim salam saja untuk Ayahanda" nasihat Salim kepada Arif.
"Seharusnya adik kata begini kepada Putri; Abang ni macam mana? Abangkan suami sayang"
"Nescaya Putri akan bawa bersama ke istana kayangaan milik ayah mertua adik tu. Bercakap dengan makhluk ini kena belajar cara-caranya" terang Salim dengan panjang lebar.
Arif berasa terkilan kerana salah menjawab ajakan Putri dan berazam tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Dia tidak mahu ditinggal berseorangan. Arif berharap putri akan segera kembali ke pangkuannya untuk berbulan madu bersama.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment