Mila termenung jauh mengenangkan nasibnya. Ayah kesayangannya di kampung sudah lama meninggal dunia kerana sakit sewaktu adik -adiknya masih kecil.
Suami Mila yang berasal dari seberang sering menderanya, langsung tidak menghormati undang-undang syariah negara ini. Walaupun diperlakukan seperti hamba, Mila semacam dikawal kuasa luar biasa tidak mampu melawan perlakuan zalim suaminya.

Dalam pada itu, Mila masih bersyukur kerana keputusannya untuk berhijrah ke Tanjung Puteri membuahkan hasil. Mila kini mempunyai perniagaan sendiri. Mila tidak bergantung harap pada suaminya yang dayus kerana rezeki hasil titik peluhnya cukup untuk menyara keluarga serta ibu dan adik-adiknya di kampung.
Mila merasa dirinya semakin lemah akibat akibat terlalu kerap dimaki hamun, dipukul tendang sepak terajang, dipijak dan diludah suaminya. Sakroni yang simpati dengan penyakit anak saudaranya Mila, bertindak membawanya pergi berubat dengan Salim.
"Mila, awak ni dah termakan macam-macam benda kotor" Salim menyuarakan pengamatannya sambil memegang rokok.
"Sekarang awak pergi mandi, selepas mandi nanti bilas dengan air yang dalam botol ini. Jangan lap, biarkan ia kering sendiri" arah Salim dengan jelas.
Salim dan Sakroni menunggu di ruang tamu. Teh o panas yang dibawa balik Sakroni dari wilayah Xian tempoh hari dihirup perlahan-lahan. Salim terus merenung tajam ke depan rumah sambil menghembuskan asap rokoknya.

"Sudah ye? Pakaian yang basah tu nanti harus buang di air yang mengalir" Salim memberitahu Mila sambil menoleh ke arah Sakroni.
'Tugas aku pulak kena buang benda tu?" detik Sakroni dalam hati.
Setelah beberapa rawatan susulan oleh Salim, Mila mampu berfikir waras boleh menasihati dan menolak arahan suaminya yang tidak betul. Suaminya sudah tidak berani menyeksanya tetapi masih berperangai lama. Pernah satu ketika Mila menggeletar takut akan ugutan suaminya.
"Mila sekarang awak balik, mohon pada Allah agar tidak terjadi apa-apa, perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Saya doakan" nasihat Salim untuk menenangkan Mila.
Mila berasa bersyukur, kerana apa yang dikatakan Salim adalah tepat. Suaminya seperti tergamam tidak terkeluar sepatah kata pun dari mulutnya. Suaminya hanya tunduk lemah membisu dan tidak jadi untuk mencederakan Mila.
Salim memaklumkan hal ini pada Arif dan ingin mendengar pendapatnya. Setelah merenung jauh, Arif bertegas agar Mila membuat keputusan yang tepat dalam hidupnya. Melalui pengamatannya, suami Mila itu seorang yang tidak akan mendidik ke arah kebaikan, malah akan menghancurkan masa depannya.
Arif juga mengingatkan Salim supaya tidak campur tangan lagi dalam urusan keluarga Mila selagi dia masih belum sedar kenyataan ini. Tetapi Arif juga berjanji sanggup membantu habis-habisan sekiranya Mila membuat keputusan yang positif buat dirinya.
Mila tidak lagi hanyut dalam dilema kerana hatinya sudah berubah, tidak lagi seperti kerbau yang dicucuk hidung. Sakroni bersyukur ke hadrat Allah swt kerana anak saudaranya sudah mulai sembuh.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment