Sunday, May 11, 2014

Bergegar Alam Pontianak

Rentetan kisah Pontianak Bersyukur



Salim dan Arif sedang duduk santai di taman rekreasi melihat sekeliling kerenah manusia yang hadir bersama keluarga mereka. Tiba-tiba Salim melihat seolah-olah mereka sedang diperhatikan oleh sesuatu dari celah pohon-pohon besar di hadapan mereka.

Ada macam orang di celah pokok tu bang" ujar Salim kepada Arif sambil menuding ke pohon besar di depannya.

“Eh betul la dik, abang pun perasan jawab Arif


 

Belum sempat Salim menoleh pandangan ke depan, dia dapat melihat makhluk itu sudah duduk di sebelah Arif. Arif terus bergegas pindah tempat duduk sehingga Salim pula berada bersebelahan dengan makhluk itu.

Oh rupanya Pontianak... Cik Pon; Salim berkata dalam hati.

Berapa umur awak agaknya?” tanya Salim pada Cik Pon.

“Empat ratus tahun bang” jawab Cik Pon.

Kenapa la awak jadi dalam keadaan begini" soal Salim lagi.

Sudahlah rupa buruk, menakutkan, makanan pula darah benda-benda yang kotor, rambut kerasmacam dawai, kuku panjang, bertaring, pipi berlubang, mata merah, berhadapantak berbau, membelakangi berbau pula, memang mengerikan hati Salim berkata-kata.

Ada niat hendak masuk islam?” Salim memecah hening malam lagi

Maaf, belum lagi bang” jawab Cik Pon

Bang, saya tahu semasa warga kami memeluk Islam setahun lalu” kata Cik Pon

Bagaimana pula kamu tahu?” tegas Salim padanya.

Kerana ketika itu dunia kami bergegar kuat semasa mereka dapat mengucapkan dua kalimah itu” kata Cik Pon lagi.

Saya bersumpah dengan nama Allah saya kenal abang, saya dan anak-anak cucu saya tidak akan mengganggu abang. Sekiranya saya mungkir bermakna saya durhaka pada Allah Cik Pon menambah.

Salim dan Arif terdiam sejenak mengenangkan kata-kata sumpah yang di lafazkan oleh Cik Pon tadi.

“Oh rupa-rupanya Salamiah dan Salamah berasal dari kaum mereka” ujar Salim pada Arif.

Sememangnya dari pengalaman Salim dan Arif selama hidupnya sejak dari peristiwa itu, makhluk itu tidak mahu mengganggu mereka. Malahan mereka suka sering mengintip-intip di mana Arif dan Salim berada untuk ikut duduk bersama untuk bercerita tentang kehidupan mereka.

Pengalaman Salim dan Arif ini telah memberikan kelebihan yang berguna terutamanya semasa mereka berhadapandengan mangsa yang diganggu oleh makhluk ini.

Arif dan Salim terus berzikir dan berselawat memuji kebesaran Allah dan Rasul bahawa alam itu sangat luas dan unik.

Bersambung………


2 comments: