Rentetan kisah Putri Berkuda Putih
Salim dan Arif sedang duduk santai sambil minum petang . Salim bercerita tentang perjalanannya naik ke gunung bertemu Ayahanda tempoh hari. Arif begitu khusyuk mendengar sehinggalah Salim mengutarakan tentang buah tangan pemberian Putri Milofa yang ditanya oleh Ayahanda sebelum dia turun dari gunung.
Salim dan Arif sedang duduk santai sambil minum petang . Salim bercerita tentang perjalanannya naik ke gunung bertemu Ayahanda tempoh hari. Arif begitu khusyuk mendengar sehinggalah Salim mengutarakan tentang buah tangan pemberian Putri Milofa yang ditanya oleh Ayahanda sebelum dia turun dari gunung.
"Bang, saya cuba ingat semula di mana saya simpan pemberian itu" jawab Arif sambil dahinya berkerut-kerut kebingungan. Lalu Arif bingkas masuk ke rumah. Semua ceruk ruang digeledah dan segala lipatan kain diselak untuk mencari hadiah istimewa itu.
Salim selayaknya sebagai seorang abang, penasihat dan teman hanya tenang duduk di beranda rumah; menunggu sambil melihat tingkahlaku Arif. Peribadi Salim seorang yang lembut tetapi tegas. Badannya yang sasak, kulit gelap, bermisai hitam persis penampilan pegawai polis, tentera atau seorang ahli bela diri.
Setelah beberapa ketika, akhirnya Arif keluar semula menemui Salim.
"Benda tu dah tiada, hilang dah bang... aduuuh" keluh Arif.
Salim punya firasat yg tersendiri akan kehilangan benda yang di berikan oleh Putri Milofa
"Saya tahu. Sekiranya barang sudah tiada dalam tangan abang, ini memberi makna yang baik" Salim menambah.
"Tolong jelaskan bang" desak Arif.
"Baiklah. Ini petandanya sudah sampai masa untuk menyunting dan seterusnya menikah dengan Putri" ulas Salim dengan lebih lanjut.
Berkerut bulu mata Arif sambil merenung ke langit, seolah-olah percaya tidak percaya mendengar penjelasan Salim.
Begitulah sifat Salim, hujahnya ikhlas. Kata-katanya bersahaja seperti dia mengetahui hal-hal yang orang lain tak tahu.
"Macam mana saya boleh nikah dengan Putri?" tanya Arif lagi
"Barang itu kan adik tak jumpa, TIDAK bererti hilang. Barang itu dah diambil semula oleh Putri Milofa; dibawa ke gunung untuk dijadikan mas kahwin semasa pernikahan adik nanti" jawab Salim.
Perasaan Arif menjadi agak gementar bercampur gembira bagaimana hal ini boleh berlaku. Semasa perbincangan mereka berdua, rupa-rupanya Putri Milofa turut berada di situ, beliau mendengar sambil tersenyum gembira menunggu saat bahagia akan tiba.
Bersambung... Feri Dilanda Badai
No comments:
Post a Comment