Saturday, July 5, 2014

Surah At Tawbah سورة التوبة ١٢٨-١٢٩



لَقَدۡ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٞ رَّحِيمٞ ١٢٨ 

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِيَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ ١٢٩ 

129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Friday, July 4, 2014

Surah Al Qadr سورة القدر


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ ١ 

1. Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

 وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ ٢ 

2. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

 لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٞ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرٖ ٣ 

3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذۡنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمۡرٖ ٤ 

4. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

 سَلَٰمٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ ٥ 

5. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Thursday, July 3, 2014

Serba Hijau

Rentetan kisah Pembebasan Putri Ratni

Terguris hati Nyi Blirang kerana Putri Ratni telah terlepas dari kurungannya. Nyi Blirang bertambah berang apabila ketahuan Arif membantu membebaskan Putri Ratni hasil campurtangan Nyi Rorolor. Nyi Blirang bingkas memberi ugutan untuk menghancurkan istana Nyi Rorolor demi melunaskan dendamnya.

Sekali lagi Nyi Rorolor memohon bantuan Arif untuk menangkis serangan ini.

Bagaikan angin, Arif muncul di hadapan Nyi Blirang lalu memberi peringatan "Saya ingatkan Nyi supaya membatalkan sahaja niat jahat itu, sekirannya mahu hidup selamat”

"Baiklah Tengku, saya akur kehendak Tengku" jawab Nyi Blirang dengan penuh hormat. Tidak dapat tidak Nyi Blirang terpaksa setuju. Nyawanya dalam bahaya kerana ini kali kedua begitu Arif mudah meloloskan diri daripada kawalan ketat istananya.

Pertumpahan darah berjaya dielakkan, Nyi Blirang menepati janjinya tidak menyerang istana Nyi Rorolor.

Bagi mengenang jasa, Nyi Rorolor mengundang Arif dan Salim melawat ke istananya di Laut Lor. 
 

Malam itu suasana di persisiran pantai hening sayu diselangi desiran ombak laut, mengimbau telinga setiap makhluk yg berada di sana.

“Ayuh kita ke sana” kata Salim mengajak Arif. Teringin sangat dia hendak melihat istana di dalam air itu. Sekelip mata, dua beradik itu sudah berada di perkarangan istana Nyi Rorolor.

“Ramai sekali pengawal, mereka semuanya tunduk sahaja” bisik Salim sambil mencuit bahu Arif. Mereka benar-benar terpegun melihat istana yang begitu indah, tak langsung mereka teringat ia dibina di dasar lautan.

Siling putih bersinar gemerlapan walaupun tiada satu lampu kelihatan. Tiang-tiangnya sebesar pemeluk terukir dengan motif kuda berwarna emas. Lantainya tersusun rapi dengan marmar besar kekuningan. Gabungannya menjadikan suasana di situ indah redup seolah-olah berada di syurga. Belum pernah terlihat di dunia nyata akan teknologi pencahayaan yang begitu harmoni. Pemandangan itu bagaikan karya agung imaginasi seni pelukis zaman silam.

“Cucu dah sampai rupanya, ayuh terus ke meja kita bersantap apa yang ada” ajak Nyi Rorolor.

Meja santapan begitu panjang dan membujur, berkerusi dua puluh. Dilapisi cermin berukir hijau biru seperti langit tanpa awan. Dibuat daripada kayu jati penuh dengan ukiran sebagaimana perabot-perabot yang lain.

Setelah puas menjamu selera, mereka meminta izin untuk beredar.

“Jangan lupa nanti cucu boleh ke hotel Nyi di Jogja. Di tingkat empat tu ya” pelawa Nyi Rorolor.
 

Sekelip mata, dua beradik itu sudah berada di hadapan bilik tersebut. Seorang pelayan terus membuka bilik dan mempersilakan mereka masuk.

“Bilik berwarna hijau. Semuanya hijau” kata Salim. Arif dan Salim terus melompat ke katil empuk, bergolek-golek seperti anak kecil. Mereka bergurau saling berlempar bantal sehingga koyak dan bertaburan kapas di udara.

“Bantal dah koyak. Macam mana ni?” kata Salim risau.

Kemudian kedengaran suara Nyi Rorolor “Cu, takpa. Takpa cu. Silakan, Nyi tak marah”

"Alamak, Nyi ada di sini lah” kata Ari kaget.

Nyi Rorolor hanya tersenyum melihat gelagat cucu mereka bermain. Tiba masa untuk pulang. Sekelip mata sahaja, mereka sudah selamat tiba di rumah.

Arif dan Salim bersyukur kepada Allah swt yang Maha Agung kerana telah diberi kesempatan yang tak ternilai harganya. Menitis air mata mereka sambil berselawat kerana walaupun memiliki berjuta wang belum tentu boleh membeli pengalaman seperti ini. Ya Allahuakbar.

Bersambung…

Wednesday, July 2, 2014

Kedai Gunting Sahabat


Alamat :
 
No. 24A-4 Jln Masjid
Kg Melayu Majidee
81100 Johor Bahru
Johor Darul Ta'zim

No. Tel : 017 720 9534 (Ghazali)


 
Waktu Operasi : 3.00 petang hingga 10.00 malam
(jika ramai tutup 12.00 tengah malam)

Senarai Harga:

Dewasa RM 8.00

Remaja RM 6.00

Kanak-kanak RM 5.00

Tuesday, July 1, 2014

Direktori Surau : Skudai Parade

Premis : Skudai Parade Shopping Complex, Jln Skudai, Batu 10, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim
Lokasi : Aras 4
Clue : Belok kanan sebelah Saujana F&B Marketing (Lot 04-26)
Belok kanan lagi masuk lorong belakang.
Kemudian belok kiri.
Masuk ke pintu sebelah kiri
Teruskan hingga ke hujung, kemudian belok kanan.
Surau di sudut terakhir.

Catitan : wuduk di dalam, karpet, sejadah, kapasiti sederhana < 30 orang, bangku menunggu di luar, bilik dinding pisah lelaki wanita