بِسۡمِ
ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani.
تَبَٰرَكَ
ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١
1. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah
kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah
Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
ٱلَّذِي
خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ
وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢
2. Dialah yang telah mentakdirkan adanya
mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di
antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu),
lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
ٱلَّذِي
خَلَقَ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖ طِبَاقٗاۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَٰنِ مِن
تَفَٰوُتٖۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٖ ٣
3. Dialah yang telah mengaturkan kejadian
tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada
ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan
tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah
engkau melihat sebarang kecacatan?
ثُمَّ
ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئٗا وَهُوَ
حَسِيرٞ ٤
4. Kemudian ulangilah pandanganmu
berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa
(daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu
(kerana habis tenaga dengan sia-sia).
وَلَقَدۡ
زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَٰبِيحَ وَجَعَلۡنَٰهَا رُجُومٗا
لِّلشَّيَٰطِينِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ ٥
5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan
bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap
Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang
menjulang-julang.
















