Thursday, June 5, 2014

Surah al Mulk سورة الملك


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١

1. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢

2. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

ٱلَّذِي خَلَقَ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖ طِبَاقٗاۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَٰنِ مِن تَفَٰوُتٖۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٖ ٣

3. Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئٗا وَهُوَ حَسِيرٞ ٤

4. Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَٰبِيحَ وَجَعَلۡنَٰهَا رُجُومٗا لِّلشَّيَٰطِينِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ ٥

5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang.

Surah Al Waqi'ah سورة الواقعة



بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيم

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ١

1. Apabila berlaku hari kiamat itu,

لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ ٢

2. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

خَافِضَةٞ رَّافِعَةٌ ٣

3. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).

إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجّٗا ٤

4. (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسّٗا ٥

5. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

فَكَانَتۡ هَبَآءٗ مُّنۢبَثّٗا ٦

Wednesday, June 4, 2014

Pembebasan Putri Ratni

Interquel (selepas Putri Berkuda Putih dan sebelum Feri Dilanda Badai)

Ninda mengarahkan Arif ke istana Nyi Blirang. Sekelip mata bagaikan angin, Arif sampai ke perkarangan istana Nyi Blirang.

 

"Wah besar sekali pintu gerbangnya, terukir pula kepala ular besar di tengah-tengahnya" detik Arif dalam hati. Sedang Arif melilau memerhatikan sekeliling istana, tiba-tiba pintu di buka. "Oh terbelah dua ukiran  kepala ular tadi" benak Arif semakin kagum .

Arif tidak berasa gentar lalu berdoa mempersiapkan diri agar dapat menceroboh istana tanpa dikesan pengawal bersenjata yang begitu ramai. Arif berjaya melepasi semua pengawal luar, lalu dia  terus menyelinap tanpa dikesan pengawal di dalam.

Akhirnya Arif terus  mencari sasaran utamanya Nyi Blirang dan nekad berhadapan dengan beliau. Kemunculan Arif secara tiba-tiba membuatkan Nyi begitu terkejut.

"Ampun Tengku..." Nyi kagum dengan ketinggian ilmu Arif lalu mengaku kalah.

"Tuan telah melepasi kawalan istana yang begini  rapi, oleh itu Nyi akan menuruti apa sahaja permintaan Tengku"


"Baiklah, kalau begitu lepaskanlah Putri Ratni dari penjaramu" tegas Arif pada  Nyi.

Putri Ratni terus dibawa menemui Arif dan diiring meninggalkan istana dan terus pulang menemui bondanya.

Arif bersyukur kerana dapat menyelamatkan putri tanpa pertumpahan  darah. Giliran Arif pula beredar dari istana Blirang dengan  rasa puas lalu balik ke alam nyata.

Selang beberapa hari kemudian, sedang Arif duduk santai bersama Salim, tiba -tiba muncul Putri Ratni bersama bondanya.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ                                 

Jawab Arif dan Salim.


وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ                                

"Kedatangan kami membawa maksud murni, untuk menjodohkan Putri Ratni dengan Tengku yang telah menyelamat beliau" kata  bonda sambil memandang Arif. Berkali- kali diulangi maksud tersebut oleh bonda.

Arif terdiam kaku membisu. Sehingga Putri Milofa isterinya tiba -tiba muncul di situ memberikan pandangannya.

"Silakan, abang telah selamatkan dia, mengikut adat alam sana, abang berhak berkahwin dengannya" Putri Milofa mencelah lembut.

"Abang telah bersusah payah untuk berkenalan dan menambat hati adik Milofa, masakan abang begitu mudah untuk menukarnya dengan Putri Ratni" Arif membisikkan jawapannya kepada Putri Milofa.

Salim mendengar dan memerhatikan semua percakapan yang berlaku.

Arif kelihatan resah lalu berdoa, agar mendapat petunjuk untuk meredakan permasalahan ini.

"Mulai hari ini, abang mengaku Putri Ratni sebagai adik, maka kita adalah beradik dunia akhirat"  kata Arif kepada Putri Ratni sebagai penyelesaian.

Putri Ratni tunduk menerima saranan Arif. Mulai dari saat itulah hubungan persaudaraan semakin rapat. Setiap kali Arif belayar ke gunung, Putri Ratni  akan sentiasa berenang mengiringinya di sebelah feri  sambil melambai-lambaikan tangan nya.

Tuesday, June 3, 2014

Direktori Surau : AEON Kulaijaya

Premis: AEON Kulaijaya, PTD 106273, Persiaran Indahpura Utama, Bandar Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor
Lokasi: Aras Bawah bahagian tengah
Clue : Lorong belakang kedai kasut Summit (Lot G09)
Masuk ke lorong Washroom
Jalan terus ke dalam hingga lepas tandas wanita
Surau berada di sebelah kiri
Catitan: rak kasut, tempat wuduk dalam surau, sejadah, kerusi untuk jemaah uzur, kapasiti sederhana < 30 orang, air cond, bilik khas dinding pisah lelaki dan wanita, cermin besar, bangku di luar, locker simpan barang

 
 
 

Direktori Surau : Anjung Nusajaya

Premis: Anjung Neighbourhood Centre, Persiaran Ledang Height, Nusajaya, 79250 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Lokasi: Deretan lot kedai berseberangan dengan Mydin
Clue: Lorong antara kedai pakaian wanita Gerobok Tyfana dan cafe YourGurt
Surau berada di sebelah kanan
 Catitan: tempat wuduk dalam surau, kerusi untuk jemaah uzur, kapasiti kecil < 10 orang, bilik khas dinding pisah lelaki dan wanita, sejadah

   

Acknowledged by Mydin management
https://twitter.com/MydinMalaysia/status/474130797910167553
Shared on their Twitter page