Monday, May 26, 2014

Direktori Surau : AEON Bukit Indah

Premis: AEON Bukit Indah,
No. 8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Lokasi: Aras 1 sebelah AEON Management Office
Clue: Lorong tengah antara kedai kasut Hush Puppies (Lot F78) dan XES Premium (F79)
Jalan terus, belok kiri
Jalan terus lagi, surau berada di sebelah kanan
 
Catitan: rak kasut, tempat wuduk dalam surau, sejadah, kerusi untuk jemaah uzur, kapasiti sederhana < 20 orang, air cond, bilik khas dinding pisah lelaki dan wanita, cermin besar, bangku di luar

 

Friday, May 23, 2014

Hilangnya Kunyit Hitam

Rentetan kisah Putri Berkuda Putih

Salim dan Arif sedang duduk santai sambil minum petang . Salim bercerita tentang perjalanannya naik ke gunung bertemu Ayahanda tempoh hari. Arif begitu khusyuk mendengar sehinggalah Salim mengutarakan tentang buah tangan pemberian Putri Milofa yang ditanya oleh Ayahanda sebelum dia turun dari gunung.



"Bang, saya cuba ingat semula di mana saya simpan pemberian itu" jawab Arif sambil dahinya berkerut-kerut kebingungan. Lalu Arif bingkas masuk ke rumah. Semua ceruk ruang digeledah dan segala lipatan kain diselak untuk mencari hadiah istimewa itu.

Salim selayaknya sebagai seorang abang, penasihat dan teman hanya tenang duduk di beranda rumah; menunggu sambil melihat tingkahlaku Arif. Peribadi Salim seorang yang lembut tetapi tegas. Badannya yang sasak, kulit gelap, bermisai hitam persis penampilan pegawai polis, tentera atau seorang ahli bela diri.

Setelah beberapa ketika, akhirnya Arif keluar semula menemui Salim.

"Benda tu dah tiada, hilang dah bang... aduuuh" keluh Arif.

Salim punya firasat yg tersendiri akan kehilangan benda yang di berikan oleh Putri Milofa

"Saya tahu. Sekiranya barang sudah tiada dalam tangan abang, ini memberi makna yang baik" Salim menambah.

"Tolong jelaskan bang" desak Arif.

"Baiklah. Ini petandanya sudah sampai masa untuk menyunting dan seterusnya menikah dengan Putri" ulas Salim dengan lebih lanjut.

Berkerut bulu mata Arif sambil merenung ke langit, seolah-olah percaya tidak percaya mendengar penjelasan Salim.

Begitulah sifat Salim, hujahnya ikhlas. Kata-katanya bersahaja seperti dia mengetahui hal-hal yang orang lain tak tahu.

"Macam mana saya boleh nikah dengan Putri?" tanya Arif lagi

"Barang itu kan adik tak jumpa, TIDAK bererti hilang. Barang itu dah diambil semula oleh Putri Milofa; dibawa ke gunung untuk dijadikan mas kahwin semasa pernikahan adik nanti" jawab Salim.

Perasaan Arif menjadi agak gementar bercampur gembira bagaimana hal ini boleh berlaku. Semasa perbincangan mereka berdua, rupa-rupanya Putri Milofa turut berada di situ, beliau mendengar sambil tersenyum gembira menunggu saat bahagia akan tiba.

Bersambung... Feri Dilanda Badai


Monday, May 19, 2014

Direktori Surau : Intro

S H O P P I N G
Siapa yang tidak pernah shopping?

Lumrah hidup di bandaraya, sama ada seminggu sekali (window shopping? cuci mata?), sebulan sekali (bila gaji masuk?) atau sekurang-kurangnya setahun sekali (menjelang hari raya? beli pakaian anak sekolah?) kita mesti mengunjungi shopping complex, hypermarket dan sebagainya.


Dalam kesibukan membeli barang-barang keperluan rumah, keseronokan melihat acara-acara yang dianjurkan, kepuasan dapat membeli barang yang diidamkan dengan diskaun murah; apa salahnya apabila masuk waktu solat kita luangkan masa tunaikan rukun Islam yang ke-2


Direktori ini sebagai panduan lokasi tepat surau dalam pusat membeli belah di sekitar Johor Bahru dan apa kemudahan yang disediakan "as it is". Jika anda tidak berpuas hati dengan keadaan surau berkenaan, sila kemukakan kritikan membina anda TERUS kepada pengurusan premis berkenaan.

*Tempat awam/ tumpuan orang-ramai juga akan disenaraikan




















***senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa***

Direktori Surau : Danga City Mall

Premis: Danga City Mall, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Lokasi: Aras 4 (Lot L4-78A)
Clue: Lorong sebelah tenant Penerbitan Majalah, kemudian belok kiri

Catitan: rak kasut, tempat wuduk dalam surau, fully carpet, sejadah,
kapasiti sederhana < 20 makmum, air-cond,
bilik khas dinding pisah jemaah lelaki dan wanita


https://www.facebook.com/dangacity.mall?fref=ts
Acknowledged by Danga City Mall management. Shared on their Facebook timeline.

Putri Berkuda Putih

Salim dan Arif asyik berbual di tepi laut. Beristirahat setelah seharian mencari rezeki yang halal.

"Lihat tu, tengok tu. Seperti percikan air di kejauhan laut" kata Salim kepada Arif sambil menunjuk ke arah kaki langit.

Percikan buih-buih air yang memutih semakin jelas kelihatan.



"Seekor kuda putih la bang" Arif menambah.

"Ini kuda putih ayahanda di gunung, hanya Putri Milofa sahaja yang dibenarkan menunggangnya" kata Salim kehairanan.

Wah benar, seorang puteri berambut panjang bertudung berada di atas kuda tersebut.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Putri dengan lemah lembut memberi salam.


وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ

"Ya, Putri ada apa ya?" jawab Salim

"Bang, ini saya harap, moga-moga menjadi seperti nostalgia kisah pertemuan pertama bonda dengan ayahanda" kata Putri.

"Ayuh kita bersiar-siar di pantai" Putri seperti tidak sabar mengajak mereka berjalan di tepi pantai. Salim dan Arif terus mengiringi Putri yang masih menunggang kudanya.

Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba hadir di situ dua orang wanita.

"Eh, itu Nyi Rorolor bersama bonda nya Putri Ratni" kata Salim kepada Arif.

Sejurus kedengaran bonda Putri Ratni memohon bantuan Arif "Tolong lepaskan Putri kami, Ratni yang telah diculik oleh orangnya Nyi Blirang"

Setelah Arif bersetuju untuk membantu, lalu dua wanita tadi terus beredar lalu hilang dari pandangan.


Putri Milofa sambil membelai kudanya berkata "Bang, haruslah dibantu mereka yang dalam kesusahan dan memohon pertolongan"
 
Salim & Arif hanya mengiyakan sahaja.

Itulah kisah-kisah indah pertemuan pertama Putri Milofa dengan Arif sambil ditemani Salim. Sejak hari itu, Salim dan Arif terus berulang-alik ke gunung untuk berjumpa Ayahanda bonda dan mempelajari petua-petua dunia dan agama. Perkenalan Arif dan Putri Milofa semakin hari menjadi semakin akrab.

Suatu ketika Arif bertanya kepada Salim "Bang, boleh ke kita beristerikan dengan orang ini?"

Lalu Salim dengan selamba menjawab "Boleh, sebab mereka pun makhluk Allah jua, tidak mustahil"

"Eh, macam mana pula cara nya?" Arif terus menyoal ingin tahu.

"Tunggu dan lihat. Nanti Putri akan beri sesuatu untuk abang pegang dan simpan" jawab Salim dengan yakin.

Tidak lama selepas itu, berlakulah seperti apa yang dikatakan oleh Salim.

Putri telah berjumpa dengan Arif lalu berpesan "Peganglah barang ini sebagai pemberian dari saya dan abang simpan baik-baik sebagai ganti diriku"

Pada suatu hari Salim naik ke gunung bertemu Ayahanda dan merujuk segala peristiwa yang telah berlaku kepadanya.

"Ayahanda maklum semua yang berlaku. Malahan hubungan Putri Milofa dan Arif adalah direstui Ayahanda. Bahawa niat nya itu dianggap sebagai lamaran dan telah diterima kerana Putri telah memberikan tanda setuju yang dipegang oleh Arif. Ayahanda menjemput Salim dan Arif naik ke gunung."

Salim terlalu gembira dan mohon izin untuk balik dan menyampaikan berita tersebut pada adiknya Arif.

Belum sempat melangkah, Ayahanda bertanya "Nak, apakah nak Arif masih memiliki barang pemberian Putri dulu?"

Salim pulang dengan membawa berita gembira untuk Arif. Kalau ini benar berlaku bererti perjalanan ke gunung sekali lagi adalah untuk menerima adik ipar yang sesungguhnya seorang puteri yang lembut... dan cun

Bersambung... Hilangnya Kunyit Hitam