Monday, May 19, 2014

Direktori Surau : Intro

S H O P P I N G
Siapa yang tidak pernah shopping?

Lumrah hidup di bandaraya, sama ada seminggu sekali (window shopping? cuci mata?), sebulan sekali (bila gaji masuk?) atau sekurang-kurangnya setahun sekali (menjelang hari raya? beli pakaian anak sekolah?) kita mesti mengunjungi shopping complex, hypermarket dan sebagainya.


Dalam kesibukan membeli barang-barang keperluan rumah, keseronokan melihat acara-acara yang dianjurkan, kepuasan dapat membeli barang yang diidamkan dengan diskaun murah; apa salahnya apabila masuk waktu solat kita luangkan masa tunaikan rukun Islam yang ke-2


Direktori ini sebagai panduan lokasi tepat surau dalam pusat membeli belah di sekitar Johor Bahru dan apa kemudahan yang disediakan "as it is". Jika anda tidak berpuas hati dengan keadaan surau berkenaan, sila kemukakan kritikan membina anda TERUS kepada pengurusan premis berkenaan.

*Tempat awam/ tumpuan orang-ramai juga akan disenaraikan




















***senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa***

Direktori Surau : Danga City Mall

Premis: Danga City Mall, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Lokasi: Aras 4 (Lot L4-78A)
Clue: Lorong sebelah tenant Penerbitan Majalah, kemudian belok kiri

Catitan: rak kasut, tempat wuduk dalam surau, fully carpet, sejadah,
kapasiti sederhana < 20 makmum, air-cond,
bilik khas dinding pisah jemaah lelaki dan wanita


https://www.facebook.com/dangacity.mall?fref=ts
Acknowledged by Danga City Mall management. Shared on their Facebook timeline.

Putri Berkuda Putih

Salim dan Arif asyik berbual di tepi laut. Beristirahat setelah seharian mencari rezeki yang halal.

"Lihat tu, tengok tu. Seperti percikan air di kejauhan laut" kata Salim kepada Arif sambil menunjuk ke arah kaki langit.

Percikan buih-buih air yang memutih semakin jelas kelihatan.



"Seekor kuda putih la bang" Arif menambah.

"Ini kuda putih ayahanda di gunung, hanya Putri Milofa sahaja yang dibenarkan menunggangnya" kata Salim kehairanan.

Wah benar, seorang puteri berambut panjang bertudung berada di atas kuda tersebut.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Putri dengan lemah lembut memberi salam.


وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ

"Ya, Putri ada apa ya?" jawab Salim

"Bang, ini saya harap, moga-moga menjadi seperti nostalgia kisah pertemuan pertama bonda dengan ayahanda" kata Putri.

"Ayuh kita bersiar-siar di pantai" Putri seperti tidak sabar mengajak mereka berjalan di tepi pantai. Salim dan Arif terus mengiringi Putri yang masih menunggang kudanya.

Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba hadir di situ dua orang wanita.

"Eh, itu Nyi Rorolor bersama bonda nya Putri Ratni" kata Salim kepada Arif.

Sejurus kedengaran bonda Putri Ratni memohon bantuan Arif "Tolong lepaskan Putri kami, Ratni yang telah diculik oleh orangnya Nyi Blirang"

Setelah Arif bersetuju untuk membantu, lalu dua wanita tadi terus beredar lalu hilang dari pandangan.


Putri Milofa sambil membelai kudanya berkata "Bang, haruslah dibantu mereka yang dalam kesusahan dan memohon pertolongan"
 
Salim & Arif hanya mengiyakan sahaja.

Itulah kisah-kisah indah pertemuan pertama Putri Milofa dengan Arif sambil ditemani Salim. Sejak hari itu, Salim dan Arif terus berulang-alik ke gunung untuk berjumpa Ayahanda bonda dan mempelajari petua-petua dunia dan agama. Perkenalan Arif dan Putri Milofa semakin hari menjadi semakin akrab.

Suatu ketika Arif bertanya kepada Salim "Bang, boleh ke kita beristerikan dengan orang ini?"

Lalu Salim dengan selamba menjawab "Boleh, sebab mereka pun makhluk Allah jua, tidak mustahil"

"Eh, macam mana pula cara nya?" Arif terus menyoal ingin tahu.

"Tunggu dan lihat. Nanti Putri akan beri sesuatu untuk abang pegang dan simpan" jawab Salim dengan yakin.

Tidak lama selepas itu, berlakulah seperti apa yang dikatakan oleh Salim.

Putri telah berjumpa dengan Arif lalu berpesan "Peganglah barang ini sebagai pemberian dari saya dan abang simpan baik-baik sebagai ganti diriku"

Pada suatu hari Salim naik ke gunung bertemu Ayahanda dan merujuk segala peristiwa yang telah berlaku kepadanya.

"Ayahanda maklum semua yang berlaku. Malahan hubungan Putri Milofa dan Arif adalah direstui Ayahanda. Bahawa niat nya itu dianggap sebagai lamaran dan telah diterima kerana Putri telah memberikan tanda setuju yang dipegang oleh Arif. Ayahanda menjemput Salim dan Arif naik ke gunung."

Salim terlalu gembira dan mohon izin untuk balik dan menyampaikan berita tersebut pada adiknya Arif.

Belum sempat melangkah, Ayahanda bertanya "Nak, apakah nak Arif masih memiliki barang pemberian Putri dulu?"

Salim pulang dengan membawa berita gembira untuk Arif. Kalau ini benar berlaku bererti perjalanan ke gunung sekali lagi adalah untuk menerima adik ipar yang sesungguhnya seorang puteri yang lembut... dan cun

Bersambung... Hilangnya Kunyit Hitam


Saturday, May 17, 2014

Minyak Penyeri


Sesuai untuk jurujual menarik pelanggan

Memberi keyakinan diri

Berminat? Sila hubungi kami

Sunday, May 11, 2014

Bergegar Alam Pontianak

Rentetan kisah Pontianak Bersyukur



Salim dan Arif sedang duduk santai di taman rekreasi melihat sekeliling kerenah manusia yang hadir bersama keluarga mereka. Tiba-tiba Salim melihat seolah-olah mereka sedang diperhatikan oleh sesuatu dari celah pohon-pohon besar di hadapan mereka.

“Ada macam orang di celah pokok tu bang" ujar Salim kepada Arif sambil menuding ke pohon besar di depannya.

“Eh betul la dik, abang pun perasan” jawab Arif


 

Belum sempat Salim menoleh pandangan ke depan, dia dapat melihat makhluk itu sudah duduk di sebelah Arif. Arif terus bergegas pindah tempat duduk sehingga Salim pula berada bersebelahan dengan makhluk itu.

Oh rupanya Pontianak... Cik Pon; Salim berkata dalam hati.

“Berapa umur awak agaknya?” tanya Salim pada Cik Pon.

“Empat ratus tahun bang” jawab Cik Pon.

“Kenapa la awak jadi dalam keadaan begini" soal Salim lagi.

Sudahlah rupa buruk, menakutkan, makanan pula darah benda-benda yang kotor, rambut kerasmacam dawai, kuku panjang, bertaring, pipi berlubang, mata merah, berhadapantak berbau, membelakangi berbau pula, memang mengerikan hati Salim berkata-kata.

“Ada niat hendak masuk islam?” Salim memecah hening malam lagi

“Maaf, belum lagi bang” jawab Cik Pon

“Bang, saya tahu semasa warga kami memeluk Islam setahun lalu” kata Cik Pon

“Bagaimana pula kamu tahu?” tegas Salim padanya.

“Kerana ketika itu dunia kami bergegar kuat semasa mereka dapat mengucapkan dua kalimah itu” kata Cik Pon lagi.

“Saya bersumpah dengan nama Allah saya kenal abang, saya dan anak-anak cucu saya tidak akan mengganggu abang. Sekiranya saya mungkir bermakna saya durhaka pada Allah” Cik Pon menambah.

Salim dan Arif terdiam sejenak mengenangkan kata-kata sumpah yang di lafazkan oleh Cik Pon tadi.

“Oh rupa-rupanya Salamiah dan Salamah berasal dari kaum mereka” ujar Salim pada Arif.

Sememangnya dari pengalaman Salim dan Arif selama hidupnya sejak dari peristiwa itu, makhluk itu tidak mahu mengganggu mereka. Malahan mereka suka sering mengintip-intip di mana Arif dan Salim berada untuk ikut duduk bersama untuk bercerita tentang kehidupan mereka.

Pengalaman Salim dan Arif ini telah memberikan kelebihan yang berguna terutamanya semasa mereka berhadapandengan mangsa yang diganggu oleh makhluk ini.

Arif dan Salim terus berzikir dan berselawat memuji kebesaran Allah dan Rasul bahawa alam itu sangat luas dan unik.

Bersambung………