Bantal kusyen disusun rapi di lantai ruang tamu. Sakroni keletihan baru pulang dari berurusan di balai polis, terbaring di samping kipas yang berputar ligat. Belum sempat matanya lelap, tiba-tiba anaknya yang bongsu mengejutnya untuk memberitahu ada tetamu datang. Sakroni menjenguk dari celah-celah tingkap, tapi bukan sahabat karibnya Salim yang bertandang.
"Assalamualaikum, nama saya Azman. Ini rumah Doktor Sakroni ke?" kata pemuda yang di depan pagar depan itu.
"Oh ya saya. Awak yang telefon hari tu cari abang Salim kan?" balas Sakroni lalu bersalaman dan mengajak tamunya masuk duduk di astaka laman rumahnya.
"Siapa mula-mula Azman jumpa di luar rumah tadi?" tanya Sakroni sengaja mahu menguji tetamunya itu.
"Rumah doktor ni ada pengawal alam lain tinggal. Bersih orangnya dan sentiasa bersenjata pula" jawab Azman ringkas.
Sakroni tidak terkejut lalu mengangguk mengiyakan jawapan tersebut. Dia sudah dimaklumkan bahawa Azman dikurniakan Allah swt dengan kelebihan pandangan mata hati yang tembus.
"Saya asalnya punya masalah besar, orang rumah saya lari. Kerana saya sayangkan dia, saya mohon doa orang alim agar isteri saya balik semula. Syukurlah setelah dijumpakan dengan Arif, saya beramal hati jadi tenang. Kemudian dapat pengalaman yang tak pernah ditempuh sebelum ini" Azman memulakan kisah dirinya.
"Pengalaman macam mana tu?" acah Sakroni ingin tahu.
Katanya dia selalu berjalan ke tempat-tempat yang indah. Ke istana yang entah di mana dan berjumpa orang tidak dikenali di tengah padang pasir. Di bawa ke atas langit dibawa jauh ke dalam bumi. Kemudian bertemu dengan pelbagai makhluk. Hatinya takut tetapi tetap diberanikan dan akhirmya dia berasa binggung. Kerana ingin memahami akhirnya dia bertekad ingin berjumpa Arif lagi. Arif menyuruhnya berjumpa Salim yang mampu menafsirkan keanehan peristiwa tersebut.
"Assalamualaikum, dah lama sampai?" Salim yang baru tiba terus menuju astaka. Dahan-dahan pokok orkid gajah yang menghalang laluan kerana sudah lama tidak dicantas dikuaknya ketepi untuk menuju ke astaka.
Azman yang polos dan ikhlas terus menyambung cerita berkongsi pengalaman dengan Salim dan Sakroni tanpa selindung, riak dan syubhah. Azman memberitahu pandangannya semakin jelas sejak berjumpa dua beradik itu.
"Cuba tengok rupa sebenar saya?" soal Salim terus kepada Azman.
"Abang punya pakaian dan jubah. Abang membawa banyak kitab di kiri dan kanan jubah abang. Sekeliling abang tertulis penuh dengan ayat ayat" Azman menerangkan satu persatu.

"Sekarang cuba lihat istana Atuk" soal Salim lagi
"Ya bang, bawah istana ditampung awan. Ada sungai ada taman. Semua orang di istana pakai jubah coklat. Ada ruang kerja dan seluruh istana terbina dari kristal. Terlalu indah seperti dalam mimpi" kata Azman dengan teliti.
"Azman tengok Atuk di mana sekarang, hujung langit sana?" tanya Salim lebih lanjut.
"Atuk di atas mimbar sedang memberikan ceramah kepada tiga kumpulan besar insan" jawab Azman
"Makhluk apa tu?" sampuk Sakroni yang pasang telinga sejak tadi.
"Ada kumpulan manusia berjubah putih. Ada kumpulan berjubah kuning air dan satu lagi kumpulan berjubah coklat serban sederhana. Abang Salim dan Arif pula berada di samping Atuk" jawab Azman lagi.
"Azman cuba lihat siapa yang terbang-terbang tu?" tanya Salim lagi.
"Itu Dewa Kali, dia tak duduk di kuil seperti yang didakwa oleh golongan kuil berkenaan" kata Azman.
"Abis siapa yang duduk situ di sembah? " celah Sakroni lagi.
"Itu klon dia" jawab Salim ringkas.
"Dewa Kali membulatkan mata sambil menggangguk bang" Azman menyampaikan pengamatannya.
"Cuba tanya Atuk, siapa gerangan yang saya jumpa ketika berzikir di padang pasir?" mohon Salim kepada Azman.
"Atuk kata abang Salim berjumpa seseorang yang sangat digeruni di zaman itu. Eh Atuk tunjukan videonya sekali. Masya Allah hebatnya" cerita Azman dengan penuh kehairanan.
Kalau diikutkan hati banyak lagi yang ingin disampaikan, tetapi hari telah pun sore. Azman minta izin undur diri kerana perlu bertugas di Temasik. Sebelum pulang, Salim sempat bercerita pernah dalam suatu perjalanan, tiba-tiba Datuk Garang muncul di sisi kereta sebelah pemandu untuk bertanyakan khabar dan bersembang-sembang dengannya. Dia menerima peristiwa itu dengan ikhlas tanpa ragu, kerana tidak ada yang mustahil di sisi Allah swt.

Sakroni bersyukur kepada Allah swt kerana berasa sangat bertuah dapat mendengar pengalaman unik tersebut yang pasti ini akan membantunya untuk pengisian hati.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment