Monday, June 23, 2014

Direktori Surau : Johor Bahru City Square


Premis : Johor Bahru City Square, 106-108 Jln Wong Ah Fook, 81000 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Lokasi : Tingkat 6. Laluan masuk hanya di bahagian sebelah panggung wayang tingkat 5.
Clue : Jalan terus selepas pintu utama Cathay Cineplex (Lot M5-03 & 04). Kemudian belok kiri melewati Jatomi Fitness (Lot M5-02).
Naik escalator sebelah Neway Karaoke (Lot M5-01)
Masuk ke pintu pertama di tingkat 6
Surau berada di sebelah kiri

Catitan : tempat wuduk di dalam, kapasiti sederhana < 30 orang, sejadah, bilik khas dinding pisah lelaki dan wanita, kerusi bagi jemaah uzur, air cond

 

Acknowledged by CS management

Libur di Jugra

Salim tersenyum puas. Setelah habis diungkitnya semua overtime yang masih tertunggak, akhirnya boss yang memang dasar tahi hidung masin itu meluluskan permohonan cuti panjangnya.

Sahabat lamanya Bahari yang berada di Shah Alam sudah lama mengajaknya pergi ke Bukit Jugra. Di situ ada istana lama peninggalan Sultan Abdul Samad, sultan Selangor yang pertama. Mereka pergi bertiga kerana isteri Bahari tidak mahu berenggang. Setibanya di destinasi, Khalid selaku penjaga istana turut serta sebagai penunjuk arah.


"Eh ada hulubalang istana" Salim memberitahu Bahari.

"Ia ke bang?" senyum sahaja Bahari kerana dia sudah maklum akan mata Salim mampu melihat alam sana.

Tak semena-mena Salim menepuk bahu Khalid dan menyoal "Di depan sana ada makam, betul tak bang?"

"Itu makam Panglima Hitam" jawab Khalid.

Sejurus itu Salim terdengar satu suara.
"Bukan, saya tidak berada di sini tetapi saya berada di Pulau Tanjung di gunung Lengas."
Salim faham itu suara Panglima Hitam sebenar yang membisik padanya.


Mereka terus menjelajah ke sekeliling istana. Terdapat batu-batu besar yang sudah berlumut dan diselaputi rumput-rampai.

Sekali lagi Salim mendapat firasat lalu bertanya pada Khalid "Di tepi sungai bawah sana ada satu lagi makam kan?"

Khalid mengiyakan saja walaupun dalam hatinya hairan bagaimana Salim yang pertama kali sampai boleh tahu selok-belok kawasan itu.

Walaupun makam tidak kelihatan lagi kerana sudah ditumbuhi pokok-pokok besar tetapi Salim begitu yakin mesti ada jalan untuk ke sana.

"Ayuh kita ke sana" ajak Salim.

Baru sahaja Salim melepasi dua anak tangga tanah, dia terdengar suara Datuk Syeikh Karim "Cu, jangan teruskan, balik kebelakang cu."

Salim terus terhenti dan membatalkan niatnya untuk ke makam lama itu.

"Kenapa tak jadi bang?" tanya Bahari terpinga-pinga.

Salim hanya diam dan memberi isyarat mata sahaja. Bahari akhirnya faham yang Salim telah diberikan petunjuk.

Lewat petang, sebelum beredar mereka ucap terima kasih kepada Khalid. Bahari dan isterinya pulang ke Shah Alam. Manakala Salim memecut sepeda motornya pulang ke kampung halaman.
 

 

Sampai sahaja di rumah, Salim menceritakan lawatannya ke Jugra pada Arif. Hatinya ingin tahu kenapa dia diarahkan berpatah balik semasa hendak pergi melihat makam yang kedua.

Arif membuka mulut memberi penjelasan "Bang, dulu makam tu makam orang baik-baik. Tetapi makan ini sudah dicemari dengan perbuatan mungkar. Memuja minta nombor dan kerja-kerja yang berlawanan sunnah, maka tempat itu sudah dipenuhi oleh makhluk yang jahat"

"Jadi apa kesannya dik?" soal Salim lagi.

"Yang baik sudah tiada , diganti oleh yang baru. Mereka sudah beranak-pinak sudah berkampung di situ. Berbagai bangsa dan rupa. Semasa abang nak naik, makhluk jahat sudah bersedia untuk MENYERANG. Abang boleh lepas tetapi Bahari dan isterinya belum tentu. Tambah lagi isterinya sedang hamil muda" tambah Arif lagi. 

Mendengarkan realiti itu, Salim bersyukur dan terus berselawat kerana mereka semua terselamat dari bahaya.

Bersambung...

Direktori Surau : Tesco Desa Tebrau

Premis : Tesco Desa Tebrau, No.1 Persiaran Desa Tebrau, Tmn Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Lokasi : Aras 1. Lorong bengkang-bengkok berhampiran Management Office.
Clue : Masuk ke lorong antara kedai alat kesihatan Safe Well (Lot F7) dan bank RHB Easy (Lot F8)
Belok kiri.
Jalan terus sehingga melewati tandas lelaki dan perempuan.
Surau berada di sebelah kanan.
 
Catitan : tempat wuduk di dalam, air cond, bilik khas dinding pisah lelaki dan wanita, kapasiti kecil < 5 orang, rak kasut, bangku menunggu di luar, tikar, sejadah, cermin, kerusi bagi jemaah uzur

Saturday, June 21, 2014

Surah Al Kahf سورة الكهف


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ ١ 

1. Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

قَيِّمٗا لِّيُنذِرَ بَأۡسٗا شَدِيدٗا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنٗا ٢ 

2. (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

مَّٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدٗا ٣ 

3. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

 وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدٗا ٤ 

4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak.

مَّا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٖ وَلَا لِأٓبَآئِهِمۡۚ كَبُرَتۡ كَلِمَةٗ تَخۡرُجُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبٗا ٥ 

5. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

Friday, June 20, 2014

Surah Ya Sin سورة يس

 

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

يسٓ ١ 

1. Yaa Siin.

 وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ ٢ 

2. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

 إِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ٣ 

3. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,

 عَلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ٤ 

4. Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).

 تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ ٥ 

5. Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,