Tuesday, June 3, 2014

Direktori Surau : AEON Kulaijaya

Premis: AEON Kulaijaya, PTD 106273, Persiaran Indahpura Utama, Bandar Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor
Lokasi: Aras Bawah bahagian tengah
Clue : Lorong belakang kedai kasut Summit (Lot G09)
Masuk ke lorong Washroom
Jalan terus ke dalam hingga lepas tandas wanita
Surau berada di sebelah kiri
Catitan: rak kasut, tempat wuduk dalam surau, sejadah, kerusi untuk jemaah uzur, kapasiti sederhana < 30 orang, air cond, bilik khas dinding pisah lelaki dan wanita, cermin besar, bangku di luar, locker simpan barang

 
 
 

Direktori Surau : Anjung Nusajaya

Premis: Anjung Neighbourhood Centre, Persiaran Ledang Height, Nusajaya, 79250 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Lokasi: Deretan lot kedai berseberangan dengan Mydin
Clue: Lorong antara kedai pakaian wanita Gerobok Tyfana dan cafe YourGurt
Surau berada di sebelah kanan
 Catitan: tempat wuduk dalam surau, kerusi untuk jemaah uzur, kapasiti kecil < 10 orang, bilik khas dinding pisah lelaki dan wanita, sejadah

   

Acknowledged by Mydin management
https://twitter.com/MydinMalaysia/status/474130797910167553
Shared on their Twitter page

Friday, May 30, 2014

Mawar Merah Bertuah

Rentetan peristiwa Feri Dilanda Badai

Setibanya di pelabuhan, sambil melihat ke langit Salim berkata kepada adiknya "Syukurlah kita dah selamat, ayuh kita teruskan perjalanan"

Dua beradik terus bergerak menuju ke rumah Ayahanda yang dititipkan untuk menjaga Putri di gunung. Ketibaan mereka disambut oleh ramai anak-anak gunung yang sedia menunggu untuk menemani mereka berdua di puncak gunung. Semua dah berkumpul untuk membincangkan persiapan awal.


"Kalian harus mencari sekuntum mawar merah yang berbunga sulung" arah Ayahanda kepada dua beradik berkenaan. Salim dan Arif menganggukkan kepala tanda faham.

"Bang, di mana kita hendak mencarinya?" Arif berbisik perlahan kepada Salim.

Salim memberanikan diri lalu bertanya pada Ayahanda.

"Di mana kita hendak mencarinya ya Ayahanda?" kata Salim sambil tunduk.

"Ada" jawab Ayahanda pendek.

Mereka diberi petunjuk untuk mencari bunga tersebut di rumah Pak Selamat yang tidak jauh dari situ. Mereka dikehendaki memohonnya dan dilarang sama sekali mengambilnya tanpa izin Pak Selamat.

Sesampainya di rumah itu, ternyata memang ada sekuntum mawar merah yang masih segar. Arif sendiri yang memohon dan memetiknya. Mereka mengucapkan terima kasih pada Pak Selamat dan terus pulang menemui Ayahanda .


Bunga diletakkan di atas pingan putih kecil yang sudah disediakan oleh Ayahanda. Lalu Salim dan Arif mohon untuk keluar berbelanja barang makanan untuk majlis yang akan diadakan selepas Asar .

Lepas Asar, semua siap berkumpul. Ayahanda dan bonda, Putri Milofa dengan bertudung selendang berwarna emas, berpakaian serba kuning lengkap dengan mahkota gemerlapan duduk bersimpuh lembut. Matanya yang tajam berwarna biru begitu cantik, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sedangkan Arif berasa kewalahan kerana hanya berpakaian biasa dan berbaju t.

Ayahanda menikahkan Putri Milofa dengan pasangannya Arif. Peristiwa ini bersaksikan Salim. Ramai tamu yang hadir, mereka ikut bersyukur kerana majlis telah berjalan dengan selamat. Ayahanda menutup acara dengan membacakan doa selamat.

"Syukur, sayang dah menjadi isteri abang sekarang" kata Arif kepada Putri Milofa.

Putri Milofa memegang erat tangan Arif dan menatap wajahnya dengan manja, lalu berkata
"Bang, saya ingin balik ke rumah Ayahanda kandung kerana hati ini ingin melihat suasana di alam sana"

Tanpa ragu-ragu, Arif memberi keizinan "Baiklah yang, sampaikan salam abang pada ayah ya"

Putri Milofa melepaskan genggaman tangannya dari Arif, berlalu pergi dan hilang sekelip mata.

Arif bercerita kepada Salim akan perbualannya dgn Putri Milofa.

"Lain kali jangan kirim salam saja untuk Ayahanda" nasihat Salim kepada Arif. 

"Seharusnya adik kata begini kepada Putri;  Abang ni macam mana? Abangkan suami sayang"

"Nescaya Putri akan bawa bersama ke istana kayangaan milik ayah mertua adik tu. Bercakap dengan makhluk ini kena belajar cara-caranya" terang Salim dengan panjang lebar.

Arif berasa terkilan kerana salah menjawab ajakan Putri dan berazam tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Dia tidak mahu ditinggal berseorangan. Arif berharap putri akan segera kembali ke pangkuannya untuk berbulan madu bersama.

Bersambung...

Wednesday, May 28, 2014

Direktori Surau : AEON Tebrau City

Premis: AEON Tebrau City, No. 1 Jln Desa Tebrau, Tmn Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Lokasi: Aras 1 bahagian tengah
Clue: Lorong sebelah kedai V-Mum Maternity (Lot F12)
Jalan terus, belok kiri, sebelah tandas perempuan
Catitan: rak kasut, tempat wuduk dalam surau, sejadah, kerusi untuk jemaah uzur, kapasiti sederhana < 20 orang, air cond, bilik khas dinding pisah lelaki dan wanita, cermin besar, bangku di luar

Tuesday, May 27, 2014

Feri Dilanda Badai

Rentetan kisah Hilangnya Kunyit Hitam


Sebagaimana yang dirancang, Salim & Arif bertolak menaiki feri. Mereka berhajat menuju ke gunung untuk menemui Ayahanda bonda lalu menyunting Putri Milofa menjadi isteri Arif.
 
"Eh bang, kenapa langit tadi cerah tiba-tiba gelap macam hendak hujan lebat?" kata Arif yang khuatir dengan perubahan cuaca yang mendadak.
 
"Ya dik, mari kita berdoa untuk yang terbaik" Salim menjawab.
 
Keadaan menjadi semakin membimbangkan, kilat dan halilintar sabung-menyabung, gelombang laut semakin besar. Feri seolah-olah bola kecil yang tidak berdaya di lambung ombak. Para penumpang yang riuh menjadi sunyi sepi. Di benak hati masing-masing mula risau semacam apakah sudah sampai ajal mereka hari ini. Feri tenggelam timbul di mamah air hingga ke bumbung.
 
"Bang, ikut adat dengan ombak seperti ini feri akan tenggelam" kata Arif.
 
"Ya dik, tapi moga-moga kita selamat sampai ke tujuan kita" Salim cuba meyakinkan Arif.
 
 

Feri terus meluncur seolah-olah ombak yang besar tidak menjadi halangan untuk terus ke depan. Salim menoleh ke buritan feri, sambil mengerut-ngerutkan matanya cuba memfokus akan sesuatu.

 "Ada apa bang?" Arif mencelah.
 
"Lihatlah di belakang feri ini, siapakah mereka" ujar Salim.
 
Dua beradik itu terpegun melihat mereka bagaikan diekori oleh bala tentera yang lengkap bersenjata keris, tombak dan panah. Beribu-ribu bilangannya, menaiki kenderaan masing-masing mengiringi feri di sepanjang perjalanan.
 
"Maha Besar Allah yang menjadikan makhluknya di alam sana berbagai rupa dan bentuk. Ada yang menunggang berkuda, ada yang menaiki burung besar, ada pula yang menaiki naga. Ya Allah, kau Maha Hebat" berulangkali Arif memuji kebesaran Tuhan akan kejadian itu.
 
Arif dan Salim semakin asyik memerhatikan pasukan pengiring dari alam lain itu, berpakaian lengkap serba indah sama ada yang terbang di udara atau bergerak di permukaan air, hinggakan dua beradik itu tidak perasan yang ombak dan kilat telah pun reda.
 
"Bang, cuba lihat di sebelah kanan, siapa yang sedang melambai tangan" kata Arif kepada Salim.
 
"Eh, itu kan Putri Ratni, wah manisnya senyuman dia, rupa-rupanya dia mengiringi kita" Salim menjawab puas.
 
Perjalanan bertambah lancar sehingga ke destinasi. Setibanya di tanjung, putri melambai tangan seolah-olah mengucapkan selamat sampai kepada mereka berdua. Begitu jua semua makhluk alam lain yang mengiringi feri sejak tadi, melambai-lambaikan tangan lalu beredar terus hilang dari pandangan .
 
"Ayuh bang, kita atur untuk naik gunung" ajak Arif yang sudah teringin melihat Ayahanda bonda.

Salim mengangguk saja kerana lega setelah menempuh perjalanan yang unik tadi. Apa pula ujian lain yang akan mereka lalui apabila berhadapan dengan Ayahanda bonda untuk menyunting Putri Milofa
 
Bersambung... Mawar Merah Bertuah