Thursday, July 10, 2014

Kilauan Mahligai Kristal

Bersusun bekas kudapan di atas meja ruang tamu. Borak Salim dan Arif diselang-seli dengan mengunyah biskut coklat dan buah kiwi kering dari Beijing. Air tembikai susu menjadi pengubat haus mereka.
 
Sedang dua beradik itu rancak bersembang, tiba-tiba Datuk Syeikh Karim menyapa
"Cu, mari ikut Atuk"

Lantas Datuk Syeikh Karim memegang tangan Arif yang segera memaut tangan Salim. Kemudian
Datuk Syeikh Karim menyeliputi mereka berdua menggunakan jubahnya. Sekelip mata, kaki mereka berpijak di pantai berpasir putih saujana sayup mata memandang.

 

"Tuk, di mana ni?" tanya Salim.

"Kita dah berada di alam lain" Arif mencelah sambil ketawa ke arah Salim.

"Itu lah rumah Atuk" jawab Datuk Syeikh Karim merujuk kepada istana yang besar berkilauan tersergam di hadapan mereka.

Alam itu begitu tenang,  dilingkungi taman yang indah dengan bunga bunga berwarna-warni. Kehijauan rumput karpetnya menyegarkan mata memandang. Air laut yang jernih bersih kebiruan menambah sejuk hati melihatnya. Istana yang tinggi terjaga bersih, tiada pengawal dan tidak ramai pula penghuninya.

"Naiklah cu" Datuk Syeikh Karim mempelawa mereka masuk.
 
Sebaik sahaja kaki diinjakkan pada anak tangga pertama, tup-tup serta-merta sudah sampai di tingkat paling atas. Seperti tangga bergerak eskalator super moden!

"Siapa tu Tuk?" Salim bersuara ingin tahu.
 
"Itu isteri Tuk, panggil je Nek Pah. Yang duduk tu cucu Atok" jawab Datuk Syeikh Karim.
 
Mereka terlalu kagum melihat dalaman istana kayangan yang berkilau gemerlapan seperti pancaran cahaya kristal itu. Tergamam apabila melihat keluar jendela, kelihatan pemandangan langit tanpa awan. Tidak ada bahasa untuk menceritakan keganjilan itu, ianya seolah-olah berada di satu alam yang tersendiri.
 
"Di mana kita sebenarnya?" Salim kehairanan.


Soalan Salim dijawab Arif dengan lafaz Subhanallah yang tidak henti-henti kerana begitu takjub telah diberi peluang menyaksikan sendiri kehebatan ciptaan Allah swt.

Apabila tiba waktu pulang, mereka mencium tangan sambil berpelukan dengan Datuk Syeikh Karim. Setelah mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga, sekelip mata mereka berdua sampai semula di ruang tamu di dunia nyata.
 
Perjalanan itu telah mengingatkan Salim semasa mereka pernah di bawa melawat ke salah satu tempat yang di naungi Atok di satu tempat alam sana. Mereka dapat melihat adanya bilik-bilik seperti pejabat dengan fail-fail di rak tersusun rapi.

"Bang, lihat tu fail di atas meja kerja, seolah olah datanya sedang diproses" tegur Salim.

"Ada pula yang sudah diletakan di atas lantai, semacam kesnya sudah selesai pula, eh kenapa ye" tanya Salim lagi.

Arif hanya membisu dan melihat sahaja.

Pengalaman-pengalaman unik seperti ini lah membuatkan mereka duduk terpegun sejenak sambil bersyukur memuji kebesaran Tuhan yang Maha Esa dan berselawat kepada Rasul junjungannya.

Bersambung... 

Wednesday, July 9, 2014

Direktori Surau : Giant Nusa Bestari Mall

Premis : Giant Nusa Bestari Mall, No. 1 Jln Nusa Bestari 7/2, Tmn Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim
Lokasi : Ground Level
Clue : Lorong antara kedai pakaian L2 Fashion (Lot G1 & 2) dan Babor beauty Salon (Lot G25 & 35)
Belok kanan masuk ke lorong sebelum peti pos.
Surau sebelah kanan sebelum bilik air.

Catitan : kapasiti kecil < 5 orang, rak kasut, wuduk di dalam, kerusi jemaah uzur, sejadah, karpet, aircond, cermin muka

Tuesday, July 8, 2014

Direktori Surau : Sutera Mall

Premis : Sutera Mall, No. 1 Jln Sutera Tanjung 8/4, Tmn Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim
Lokasi : Aras 2 Trendy Zone
Clue : Belok kanan masuk lorong antara kedai elektronik SenQ (Lot L2-036) dan kedai pakaian AdJeans (Lot L2-037).
Terus jalan melewati bilik air. Belok kiri di hujung lorong.
Surau berada di sebelah kiri.
 

Catitan : rak kasut, wuduk di dalam, sejadah, cermin muka, bilik asing dinding lelaki wanita, aircond, kapasiti kecil < 10 orang.


Monday, July 7, 2014

Cahaya Merubah Hati

Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Nabi dan Ramadan bulan ummah. Itulah makna di sebalik kalendar hijrah menurut syariat.

"Tuk, cucu nak puasa bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan" beritahu Salim ketika menemui Datuk Syeikh Karim.

"Bagus cu, kalau cu buat tu Atuk akan doakan" Datuk Syeikh Karim memberikan semangat pada Salim yang tidak pernah ragu-ragu dengan azamnya itu.

Salim turut memaklumkan niat puasanya kepada Arif. Sudah menjadi kebiasaan, saban malam Arif akan singgah di tempat kerja Salim. Walaupun jadual waktu kerja mereka berbeza siang dan malam, pertemuan sebegini lah yang membolehkan mereka saling bertukar-tukar cerita dan pengalaman hidup.


Kerana terlalu kerap Arif tidak sempat balik ke rumah dulu, bertemu Salim sehingga mencecah 2.00 pagi, satu ketika pernah beliau ditegur isteri ghaibnya.

"Abang dah malam ni, ayuh pulanglah kasihan kakak di rumah" ujar Putri Milofa merujuk kepada madunya.

"Saya balik dulu dah kena warning ni dah malam" kata Arif pada Salim yang tersenyum.

'Dah malam cu, cukuplah baliklah dahulu esok masih ada" sergah Datuk Syeikh Karim pada mereka berdua.

"Atuk pula ingatkan saya supaya balik" Arif memberitahu Salim.

Puasa Rejab dan Syaaban dapat dijalani dengan sempurna, sehinggalah tiba Ramadan. Setiap solat Salim tekun beramal, duduk berzikir dan berselawat. Datuk Syeikh Karim sentiasa memerhatikannya dari jauh.

Apabila hari semakin hampir malam ke sepuluh terakhir puasa, Arif mengingatkan Salim
"Malam ini lepas jam 12, duduklah di bilik sembahyang, berselawatlah banyak-banyak"


Sebelum tengah malam lagi, Salim sudah mula beribadat. Angin laut bertiup masuk dari celah jendela bilik yang tidak ditutup. Tiba-tiba entah datang dari mana, sebutir batu bercahaya putih kelihatan jatuh di atas sejadah.

Salim berdebar-debar tetapi memberanikan diri untuk terus mengamati cahaya tersebut.

"Oh cahaya putih berpecah menjadi warna pelangi" detik hati Salim.

Warna pelangi itu berpecah banyak bertambah berkali-kali ganda. Kemudian bertukar menjadi butiran bintik-bintik pelangi berwarna-warni. Butiran cahaya itu memenuhi seluruh ruangan bilik lalu mengelilinginya.

Salim terus mengamati bintik-bintik tersebut yang terus berputar-putar dan akhirnya membentuk semacam tubuh manusia yang latar belakangnya cahaya putih yang terlalu terang dan menyilaukan. Mata Salim tidak mampu untuk melihat tepat ke arah bentuk tersebut untuk mengecam siapakah di hadapannya. Tidak lama kemudian kedipan cahaya itu lenyap begitu sahaja sebagaimana ia muncul.

Salim bersyukur ke hadrat Allah swt diberi kesempatan menyaksikan peristiwa itu. Rahmat cahaya itu membuatkan hatinya semakin tenang, sabar serta yakin dengan erti kehidupan sebenar; bukan hanya berpaksikan kebendaan wang ringgit.

Salim teringat kata-kata hikmah. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al Fatihah, hadiah terbaik untuk diri adalah kejujuran, hadiah terbaik untuk Rasullullah adalah Selawat dan lebih dari itu ketakwaan merupakan hadiah utama insan pada Al-Khalik.

Bersambung...

Saturday, July 5, 2014

Direktori Surau : JB Sentral

Premis : JB Sentral, Jln Jim Quee, 80300 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Lokasi : Main Hall (Aras 3)
Clue : Lorong antara restoran KFC (Lot 3 & 7) dan Starbucks Coffee.
Belok kanan (jangan buka pintu), teruskan ke bilik air. Kemudian belok kanan lagi. Surau di sudut paling hujung.

Catitan : wuduk di dalam, kapasiti sederhana < 20 orang, kerusi jemaah uzur, bilik asing dinding lelaki wanita, aircond, karpet, rak kasut, cermin besar