Monday, May 5, 2014

Pontianak Bersyukur

Rentetan kisah Berdialog Dengan Jin
 

Dua beradik Salim dan Arif mengembara ke daerah Riau. Mereka singgah menikmati keindahan sawah padi yang menghadap ke gunung. Setelah seharian berpuasa mereka berbuka dengan apa adanya lalu duduklah di celah-celah hening malam.

Tiba-tiba Salim mendengar adanya suara memberi salam.



السلام عليكم

“Eh siapa tu bang?” ujar Salim pada Arif.

“Orang gunung agaknya” tambah Arif.

Mereka saling berpandangan mencari kepastian. Tiba-tiba sepasang makhluk berjubah hitam muncul di hadapan mereka. Salim melihat tajam ke wajah mereka. Rupa-rupanya merekalah yang telah memeluk Islam setahun yang lalu dan kini sedang mendalami pengajian agama di Universiti Al Mukaramah tanah suci Mekah.

“Bagaimana di sana?” tanya Salim.

“Bersyukur bang, kami diterima di sana untuk mendalami Islam” kata salah satu makhluk itu.

Salim memerhatikan jelingan mata makhluk itu masih tajam seperti pandangan mata mereka sebelum mereka memeluk Islam. Uuuh NGERI juga.

“Walaupun abang tak kenal kami, kami tetap ingat dan kenal abang” ujar makhluk tersebut pada Salim. 

“Oh Salamah dan Salamiah” jawab Salim selamba.


 


“Islam itu indah dan benar bang. Syukurlah di sanalah kami mendalami Islam yang sebenar-benarnya” tambah Salamiah.

“Apakah kamu mahu balik seperti dahulu?” Salim mencelah

“Tidak bang, tidak sama sekali bang” jawab mereka tegas pada Salim.

Arif senyum mendengar jawapan itu.

“Bang, kami dibenarkan keluar kampus selama setengah jam sahaja, dan dalam kesempatan inilah kami hendak berjumpa dengan abang” kata Salamiah dengan lembut

“Syukurlah kita dapat berjumpa” kata Salim pula sambil memandang Arif.

“Bang, kami mohon ampun dan maaf kalau ada tersalah silap tingkah dan bahasa kami, dan kami mohon doa restu dari abang-abang berdua, kini dah sampai masa kami untuk kembali ke kampus” Salamah menyatakan dengan penuh hormat sambil menjeling Salamiah

“Baiklah kami berdua doakan kalian” jawab Salim dan Arif pula mengangguk kepala tanda setuju.

Lalu Salamah memegang tangan Salamiah dan bergerak tiga langkah, lalu mereka terus hilang dari pandangan mata Salim dan Arif.

Yang tinggal hanya bau wangi dan harum seolah-olah mereka tinggalkan untuk Salim dan Arif.

Salim dan Arif bersyukur dan terus memuji Allah kerana dapat merasai kebesaran Maha Esa pada kejadian ini

Bersambung...  Bergegar Alam Pontianak

Sunday, May 4, 2014

Kumpulan Ikhlas


Kumpulan Ikhlas memerlukan penyertaaan aktif anda secara sukarela untuk menjalankan kerja-kerja amal secara turun padang dan berkumpulan di sekitar kawasan Johor Bahru.

Fokus utama ialah beberapa surau dan masjid yang telah dikenalpasti dalam keadaan daif. Sampah-sarap yang bertaburan di kawasan sekitar dan longkang masjid akan dibersihkan. Surah Yassin, naskhah Al-Quran dan sejadah akan didermakan kepada surau yang kekurangan.

Aktiviti akan dijalankan secara berkala pada hujung minggu tanpa sebarang habuan dari pihak masjid.

Mari kita bersama menjaga imej tempat ibadat dan pusat agama kita.

Sila hubungi pihak pengelola di talian 0197424465

Jawatan Kosong : Pelatih Urut Tradisional


Sebuah kedai urut tradisional milik bumiputra di Johor Bahru menawarkan peluang belajar sambil bekerja kepada:
  • Ibu tunggal
  • Suri rumah yang baru berkeluarga dan ingin menambah pendapatan
Terma dan syarat:
  1. Melayu
  2. Latihan dan tunjuk ajar akan diberikan secara PERCUMA
  3. Tiada had umur 
  4. Badan sihat, rajin dan berbudi baik
  5. Tinggal berdekatan Larkin, Johor Bahru
  6. Pengangkutan pergi balik TIDAK disediakan
 Jika berminat untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 Kak Rose 014-6128521

Thursday, May 1, 2014

Traditional Massage. Refleksology. Cupping.

Alumi Massage (JM0678304-X)

Bz-04 Kompleks Pengangkutan Pasar Awam Larkin
80350 Johor Bahru
Johor Darul Ta'zim

Waktu Operasi:

Isnin - Ahad 9.00 pagi -10.00 malam

Perkhidmatan:

Urut Badan
Refleksology
Rawatan Bekam Darah dan Kering
Rawatan Kaki
Rawatan Resdung

Wednesday, April 30, 2014

Berdialog dengan Jin


Dua beradik Arif dan Salim duduk di pantai. Mereka sedang menyedut angin sepoi dari laut ke darat. Tiba-tiba Salim ternampak dua bayangan makhluk menghampiri mereka.

"Eh bang, macam ada benda datang dekat kita" kata Salim pada Arif.

"Oh ya, dik" kata Salim pula.

Lama-kelamaan makhluk-makhluk tersebut terus mendekati lalu mohon duduk di sebelah Salim.

"Maaf bang, kami ada maksud datang ni untuk mohon bantuan abang" kata mahkluk itu pada Salim.

"Apa yang kamu mahu?" tanya Salim.

"Kami hendak belajar dua kalimah syahadah" jawab makhluk berkenaan.

"Baiklah" Salim setuju.

Sambil diperhatikan oleh Arif, Salim terus mengajar dua makhluk itu mengucap.


لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Dengan nada terputus-putus makhluk itu mengucapkannya. Dan setiap kali mereka mengucapkan kalimah tersebut, mereka menjerit-jerit kepanasan dan kulit mereka terbakar lalu berasap. Salim terus memberikan kata-kata semangat.                               

"Teruskan, teruskan. Anda boleh melakukannya" kata Salim kepada makhluk tersebut.

Jadi makhluk itu dengan tidak putus asa terus mengucapkannya walaupun berhadapan dengan kepayahan dan keseksaan. Begitulah setiap kali mereka berbuat, setiap kali mereka menjerit seolah-olah badan mereka kepanasan.

Salim terus menyatakan "Sambungkan ucapan kalimah itu sekaligus"

Makhluk itu mencubanya dan akhirnya berjaya mengucapkan dua kalimah syahadah itu sekaligus. Alangkah terkejutnya Salim dan Arif. Tiba-tiba sahaja wajah dan kulit makhluk itu berubah menjadi putih bersih daripada hujung kuku kaki tangan hinggalah ke hujung rambut.

Akhirnya terjadilah sepasang tubuh yang sangat cantik dihadapan Salim dan Arif. Ya Allah, kuasa Allah, makhluk yang buruk itu menjadi sepasang wanita yang cantik setelah mengucap dua kalimah syahadah tersebut.

Lalu Arif berkata kepada mereka. "Sekarang kamu telah masuk Islam, dan kamu akan mendalami ilmu agama di Universiti Al Mukaramah di tanah Mekah."

Dengan sekelip mata makhluk itu pergi dan hilang dari pandangan Salim dan Arif. Lalu Salim dan Arif berdoa lalu bersyukur atas kejadian ini.

Bersambung...  Pontianak Bersyukur